Pada 2 dan 3 Feb 2010 jam 0730H, 6 Kompeni KPTD telah mengadakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) bagi anggota pasukan. Ujian tersebut merangkumi larian 2.4km, mendagu, bangkit tubi, jangkauan melunjur dan shuttle run. Ujian itu dilaksanakan selama 2 hari di dataran 6 Kompeni KPTD. Turut hadir adalah Pegawai Pemerintah, Mej. Hamzan bin Ahmad, Pen. Peg. Pemerintah, Kapt. Zaharah binti Ismail,para pegawai dan PTT Kanan. Ujian tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dan diakhiri dengan jamuan sup.
Tuesday, February 2, 2010
Sejarah 6 Kompeni KPTD
Pada penubuhan pertama pasukan ini pada tahun 1970, 6 Komp KPT pada asalnya merupakan 26 Komp Pasukan Keselamatan Khas (PKK) yang berkekuatan 1 platun. Kompeni telah diterajui oleh seorang anak Melayu iaitu Leftenan Syed Murtadzar dengan dibantu oleh 32 kali anggota yang berpangkalan d Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Pada ketika itu, Markas Kompeni bagi mentadbir 26 Komp PKK berpangkalan di Markas Tentera Udara Diraja Malaysia, Butterworth, Pulau Pinang. Pada 3 Mei 1982, 26 Komp PKK telah bernaung di bawah pemerintah Markas 12 Briged Infantri Malaysia dan telah berpindah ke Perlis. Pada masa yang sama, 32 Komp PKK yang berkekuatan 1 kompeni standard berpangkalan semula di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Pada ketika itu, Ketua Kompeni iaitu Kapt Isa bin Ngah Mat Aroff telah mengambil alih tugas untuk melaksanakan dan mengkoordinasi dasar Polis Tentera sebagai pasukan keselamatan khas yang berdisiplin, adil dan tegas. Pembaharuan yang berlaku di dalam kompeni ialah pecahan platun-platun mengikut Balai Pengawal dan pos-pos tanggungjawab.