Thursday, March 11, 2010

Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-77

Tentera Darat Malaysia telah menyambut hari ulangtahun yang ke-77 pada 1 Mac 2010. Hari yang bersejarah ini telah merungkai kembali sejarah silam bagaimana bekas perajurit tanah air Malaysia suatu ketika dahulu telah memperjuangkan diri sendiri bagi mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta daripada musuh.Di samping itu juga, suatu perbarisan iaitu Perbarisan Hari Ulangtahun Tentera Darat Ke-77 telah diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sg. Besi,Kuala Lumpur.Perbarisan tersebut telah melibatkan anggota dari semua kor dalam Tentera Darat.Bagi Detasmen Kor Polis Tentera Diraja pada kali ini,ia telah dikemudi dengan jayanya oleh Pegawai Pemerintah 6 Kompeni KPTD, Mej Hamzan bin Ahmad.Perbarisan tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.Warga 6 Kompeni KPTD mengucapkan tahniah kepada Mej Hamzan dan beberapa anggota 6 Kompeni KPTD yang terlibat dalam perbarisan tersebut.GEMPUR WIRA!

Majlis Pembukaan Kursus Asas Decentralised Siri 1/2010











Pada 11 Mac 2010 telah diadakan Majlis Pembukaan Kursus Asas Decntralised Siri 1/2010 bertempat di Gelanggang Tempur Wira 6 Kompeni KPTD pada jam 0900H. Penuntut kursus seramai 85orang adalah merangkumi pelbagai unit Tentera Darat di Kawasan Tanggungjawab 6 Briged Inf Malaysia. Turut hadir ialah Penolong Peg Pemerintah, Kapt Zaharah binti Ismail.

Thursday, February 11, 2010

6 Kompeni KPTD, Pusat Kecemerlangan Sepaktakraw Kor Polis Tentera Diraja Tahun 2010


6 Kompeni KPTD telah diberi mandat sebagai Pusat Kecemerlangan Sepaktakraw KPTD Tahun 2010.Oleh yang demikian, 6 Kompeni KPTD merancang untuk menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Antara Rejimen KPTD pada 2 hingga 5 Mac 2010. Sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Liga Berkumpulan, Belia, Veteran dan Senior.Tujuan kejohanan ini dianjurkan adalah untuk membuat pemilihan bagi pemain yang akan mewakili Kor Polis Tentera Diraja. Pegawai Pemerintah, Mejar Hamzan bin Ahmad berbesar hati untuk memikul tugas berat ini bagi mencungkil bakat anggota-anggota KPTD.Jadi,sama-samalah kita menanti kejohanan itu pada tarikh yang akan diputuskan dalam mesyuarat kelak.Majulah sukan untuk KPTD!

Wednesday, February 10, 2010

Majlis Perpisahan Anggota Yang Akan Bertukar Keluar
















Pada 9 Februari 2010 yang lepas, para pegawai dan PTT Kanan 6 Kompeni KPTD telah meraikan 3 orang anggota yang akan bertukar keluar di Restoran Radix Oriental Cuisine Sungai Petani. Antara anggota yang bertukar keluar ialah Sjn Mohd Zamri bin Meh (Ketua Kerani- bertukar keluar ke 6 Skn RAJD Perlis), Sjn Che Nasir bin Che Pin (Sjn Kenderaan- Bertukar ke 8 Komp KPTD) dan Kpl Hisham (Kpl Q- Bertukar keluar ke 2 Komp KPTD). Antara acara yang dijalankan adalah makan malam, ucapan Pegawai Pemerintah dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada anggota yang diaraikan. Pasukan mengucapkan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga anggota tersebut.

Wednesday, February 3, 2010

Tuesday, February 2, 2010

Ujian Kecergasan Asas (UKA)

Mej Hamzan memerhatikan Sjn Che Nasir melakukan broad jump.


Mej Hamzan memberikan peringatan dan kata-kata nasihat kepada anggota beliau.


Anggota sedang melaksanakan ujian bangkit tubi sambil diperhatikan oleh Peg. Pemerintah.


Anggota sedang melaksanakan ujian shuttle run sambil diperhatikan oleh KSM, PW II Badrul.

Pada 2 dan 3 Feb 2010 jam 0730H, 6 Kompeni KPTD telah mengadakan Ujian Kecergasan Asas (UKA) bagi anggota pasukan. Ujian tersebut merangkumi larian 2.4km, mendagu, bangkit tubi, jangkauan melunjur dan shuttle run. Ujian itu dilaksanakan selama 2 hari di dataran 6 Kompeni KPTD. Turut hadir adalah Pegawai Pemerintah, Mej. Hamzan bin Ahmad, Pen. Peg. Pemerintah, Kapt. Zaharah binti Ismail,para pegawai dan PTT Kanan. Ujian tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dan diakhiri dengan jamuan sup.

Sejarah 6 Kompeni KPTD

Pada penubuhan pertama pasukan ini pada tahun 1970, 6 Komp KPT pada asalnya merupakan 26 Komp Pasukan Keselamatan Khas (PKK) yang berkekuatan 1 platun. Kompeni telah diterajui oleh seorang anak Melayu iaitu Leftenan Syed Murtadzar dengan dibantu oleh 32 kali anggota yang berpangkalan d Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Pada ketika itu, Markas Kompeni bagi mentadbir 26 Komp PKK berpangkalan di Markas Tentera Udara Diraja Malaysia, Butterworth, Pulau Pinang. Pada 3 Mei 1982, 26 Komp PKK telah bernaung di bawah pemerintah Markas 12 Briged Infantri Malaysia dan telah berpindah ke Perlis. Pada masa yang sama, 32 Komp PKK yang berkekuatan 1 kompeni standard berpangkalan semula di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah. Pada ketika itu, Ketua Kompeni iaitu Kapt Isa bin Ngah Mat Aroff telah mengambil alih tugas untuk melaksanakan dan mengkoordinasi dasar Polis Tentera sebagai pasukan keselamatan khas yang berdisiplin, adil dan tegas. Pembaharuan yang berlaku di dalam kompeni ialah pecahan platun-platun mengikut Balai Pengawal dan pos-pos tanggungjawab.